Monday, 5 January 2015

MISI & VISI


Visi Program

              Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Misi Program

Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-
·        sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
·        perkembangan potensi diri, ke tahap optimum
·        keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
·        nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab
·        perkongsian pintar dengan pelbagai pihak

OBJEKTIF PROGRAM


·        Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
·        Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
·        Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
·        Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
·        Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SMK ARSHAD, KOTA BELUD


Program ini diwujudkan di SMK Arshad Kota Belud pada 17 Januari 2001 semasa pentadbiran En. Victor Amin.

 Bilangan guru pada masa itu adalah seramai 2 orang iaitu En. Victor Amin dan Pn. Sabnah Hj Abdul Hamid. Manakala pelajar seramai 7 orang.

·         Tahun 2003/2004
-Penambahan seorang guru pada tahun ini iaitu Pn. Norlela Lamat.
-Bilangan pelajar seramai 15 orang.

·         Tahun 2005
-Pada tahun ini, Pn. Norlela Lamat menjadi penyelaras bagi menggantikan En. Victor Amin yang telah berpindah ke Tamparuli.
-Bilangan pelajar seramai 17 orang.

·         Tahun 2006
-Pada awal tahun 2006, seorang guru baru melapor iaitu Pn. Rizah Rundah dan seorang lagi guru berpindah ke sekolah ini iaitu En. Ashtar Lungan.
-Guru seramai 4 orang dan bilangan pelajar seramai 19 orang.

·         Tahun 2007
-Seorang pembantu pengurusan murid (PPM) telah melapor diri iaitu Pn. Norbaitah Abd Ali.
-Guru seramai 4 orang, seorang PPM dan bilangan pelajar seramai 25 orang.

·         Tahun 2008
-Pada pertengahan tahun 2008, seorang guru telah berpindah ke sekolah ini iaitu Pn. Masliza Din.
-Guru seramai 5 orang, seorang PPM dan bilangan pelajar seramai 29 orang.

·         Tahun 2009
-Pada masa ini, Pn. Sabnah Hj Abdul Hamid menjadi penyelaras menggantikan Pn. Norlela Lamat yang telah berpindah ke SMK Kolombong, Kota Kinabalu.
-Empat orang guru berpindah masuk iaitu En. Oknan Asmawi, Pn. Masjoyoren Lasiun, Pn. Nor Aslida Che Ismail dan En. Adzali Abdullah .
-Seorang PPM telah melapor diri iaitu Pn. Masriah Kamsin.
-Guru seramai 6 orang (Pn. Rizah Rundah telah berpindah ke Pulau Labuan  dan En. Ashtar Lungan telah berpindah ke SMK Pitas), 2 orang PPM dan bilangan pelajar seramai 34 orang.

·         Tahun 2010
-Pada akhir tahun ini, seorang Penolong Kanan telah melapor diri iaitu En. Paul Gindong.
-Guru seramai 6 orang dan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas.
-Bilangan pelajar seramai 55 orang dibantu 2 orang PPM.


·         Tahun 2011
v  Maklumat staf
-Pada tahun ini, bilangan staf seramai 7 orang termasuk seorang Penolong Kanan.
-2 orang guru telah dipindahkan iaitu Pn. Masjoyoren Lasiun ke SMK Narinang dan En. Oknan Asmawi telah dipindahkan ke SMK Taun Gusi bagi membuka Program Pendidikan Khas yang baru di sekolah masing-masing.
-Perpindahan guru menyebabkan Unit PPKI kekurangan tenaga pengajar untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun.
-Pada akhir tahun 2011, seorang guru cemerlang telah berpindah ke sekolah ini iaitu Pn. Hjh Rohaya Ahmad. 

v  Maklumat pelajar
-Bilangan pelajar seramai 65 orang.
-Seramai 3 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.

v  Transisi Ke kerjaya
-       Buat pertama kalinya, projek Transisi Ke Kerjaya telah diwujudkan dalam beberapa bidang kemahiran seperti projek jualan dan pertanian. Program Usahawan Muda (PUM) dikendalikan oleh Pn. Nor Aslida Che Ismail serta perkebunan (tanaman nenas dan cili) oleh Pn. Masjoyoren Lasiun.

·         Tahun 2012
v  Maklumat Staf
-Pada awal tahun ini, seorang guru interim telah melapor diri iaitu En. Rajis Jusan dan telah ditempatkan di sekolah ini pada bulan  Mei 2012.
-Bilangan guru seramai 9 orang termasuk seorang Penolong Kanan.
v  Maklumat pelajar
-Bilangan pelajar seramai 54 orang.
-Seramai 4 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.

v  Kelas MPV (Vokasional) Jahitan
-Pada tahun ini, kelas MPV Jahitan telah diwujudkan. Pn. Hjh Rohaya yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan telah menjadi guru kelas MPV ini.
-Seramai 8 orang pelajar telah ditempatkan di dalam kelas ini.

v  Transisi Ke kerjaya
-Pada pertengahan tahun ini, Projek Transisi membuat roti dan pizza telah diperkenalkan dan dikendalikan oleh Pn. Hjh Rohaya Ahmad bersama-sama pelajar Kelas MPVJ.

v  Kemudahan Fizikal
-Pada tahun ini, pihak sekolah telah meminjamkan bilik ERT Jahitan untuk digunakan sebagai Kelas MPV (Jahitan). Kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah amat memudahkan pengurusan kelas dan lebih selesa untuk digunakan oleh pelajar-pelajar Kelas MPVJ bagi melakukakan aktiviti pembelajaran.
-Pada tahun ini, PPKI mempunyai 7 bilik darjah (termasuk Kelas MPVJ), 1 dapur, 1 bilik Pengurusan Diri, tandas dan bilik guru. 

·         Tahun 2013
v  Maklumat Staf
-Bilangan staf seramai 9 orang termasuk seorang Penolong Kanan.

v  Maklumat pelajar
-Seramai 18 orang pelajar baru telah mendaftar.
-Bilangan pelajar seramai 64 orang.
-Seramai 5 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.

v  Transisi Ke Kerjaya
-Projek Membuat Roti, Piza dan Biskut Raya diteruskan dan dikendalikan oleh Pn. Hjh Rohaya Ahmad dengan di bantu oleh guru-guru dan PPM serta pelajar-pelajar Kelas MPVJ.
-Projek Usahawan Muda (menanam dan menjual cili) juga dijalankan dan dikendalikan oleh En Rajis Jusan bersama-sama pelajar Kelas Kemahiran Hidup Perkebunan.

·         Tahun 2014
v  Maklumat Staf
-Pada bulan Oktober 2014, Penolong Kanan Pendidikan Khas (En. Paul Gindong) telah berpindah ke SMK Inanam, Kota Kinabalu. Serta seorang lagi guru iaitu Pn. Nor Aslida Che Ismail telah berpindah ke negeri Kelantan.
-Pn. Hjh Rohaya Ahmad memangku tugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas sehingga akhir tahun 2014.
-Pada akhir tahun 2014, Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baru telah melapor diri iaitu Pn. Zoriffah Mohd Kudin.

v  Maklumat pelajar
-Seramai 10 orang pelajar baru telah mendaftar.
-Bilangan pelajar seramai 74 orang.
-Seramai 4 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.
-2 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kimanis dan mengikuti kursus jahitan.

v  Transisi Ke Kerjaya
-Projek Membuat Roti, Piza dan Biskut Raya masih diteruskan dan dikendalikan oleh Pn. Hjh Rohaya Ahmad dengan di bantu oleh guru-guru dan PPM.

·         Tahun 2015
v  Maklumat Staf
-Pada awal tahun ini, seorang guru telah berpindah ke sekolah ini iaitu En. Machinin Bayogoh.
-Pada pertengahan tahun pula, 2 orang guru telah melapor diri iaitu En. Sauntin Saruin dan Pn. Rosanah Kudabak.
-2 orang PPM juga telah berpindah ke sekolah ini iaitu Pn. Asnani Perman, Pn. Asmiah Adli dan seorang PPM yang baru melapor diri iaitu En. Mohd BR Atha Hj Bagul. 

v  Maklumat pelajar
-Seramai 18 orang pelajar baru telah mendaftar.
-Bilangan pelajar seramai 78 orang.
-Seramai 7 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.
 -6 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej dan mengikuti kursus Operasi Servis Makanan dan Minuman serta Pastri.
-Pada masa ini (daripada bulan Ogos sehingga September 2015), 2 orang pelajar sedang mengikuti latihan amali di BTC (membuat kuih-muih).

v  Transisi Ke Kerjaya
-Projek Membuat Roti, Piza dan Biskut Raya masih diteruskan dan dikendalikan oleh Pn. Hjh Rohaya Ahmad dengan di bantu oleh guru-guru dan PPM serta pelajar-pelajar Kelas MPVJ.
-Hasil jualan pada tahun ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan staf sekolah.

v  Projek Bumi Hijau
-Projek ini dikendalikan oleh En. Rajis Jusan, dibantu oleh guru-guru dan PPM serta ibu bapa yang bergotong-royong membuat tapak projek. Penanaman cili dilakukan pada fasa pertama penanaman dan masih dalam proses pembesaran.

v  Kemudahan Fizikal
-Pada tahun ini, sebuah bangunan baru telah disiapkan dan digunakan untuk kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI.
-Pembinaan bangunan baru ini banyak memberi manfaat serta keselesaan  kepada warga PPKI.

·         Tahun 2016
v  Maklumat Staf
-Pada awal tahun ini, seorang guru telah berpindah ke sekolah ini iaitu Pn. Musyalwathy Hj Mustapha.
-Manakala En Rajis Jusan telah berpindah ke SMK Mat Salleh, Ranau.
-Pada tahun ini, bilangan guru seramai 10 orang, seorang Penolong Kanan dan dibantu oleh 5 orang PPM.

v  Maklumat pelajar
-Seramai 18 orang pelajar baru telah mendaftar.
-Bilangan pelajar seramai 79 orang.
-Seramai 12 orang pelajar telah mengikuti program inklusif di kelas aliran perdana.
 -2 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej dan mengikuti kursus Housekeeping.


v  Transisi Ke Kerjaya
-Projek Membuat Roti / Bun masih diteruskan dan dikendalikan oleh Pn. Siti Nuramah Mar bersama 5 orang pelajar PPKI serta dibantu oleh PPM.

v  Projek Bumi Hijau
-Projek ini masih diteruskan dan dikendalikan oleh En. Sautin Saruin, bersama pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Kebun dan dibantu oleh PPM. Antara sayuran yang ditanam adalah seperti sayur sawi, petola, bendi serta jagung.

v  Kemudahan Fizikal
-Pada tahun ini, dapur / bilik Kemahiran Hidup Masakan telah dipindahkan ke bilik bersebelahan MPV Jahitan. Bilik MPV Jahitan telah diubahsuai menjadi dua iaitu 1 bahagian dapur dan 1 bahagian bilik jahitan.
-Pengubahsuaian dapur ini amat memudahkan guru dan pelajar-pelajar melakukan aktiviti masakan / penyediaan makanan kerana ruang lebih luas dan selesa daripada dapur sebelum ini.


PERSEDIAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PPKI

Persiapan perasmian sambuat Bulan Kemerdekaan Perasmian oleh Tuan Pengetua, En. Suhaimi Hj. Matshah